Bismillahirrahmanirrahim. Ashadu anla ilahaillallah waanna muhammadarasulullah. Amma ba'du. Ucapan syukur kepada ALLAH dan selawat dan salam kepada Kakasih kami MUHAMMAD S.A.W dan para keluarganya yang dicintai, Ibubapa yang tercinta,para Guru dan solihin yang diberkati serta dirahmati dan ummat muslimin dan muslimat yang di sayangi. Salam kasih dan sayang dari hamba.
Kasih dan sayang antara sesama makhluk ALLAH merupakan salah satu cabang besar untuk mendapat rahmat dan keredhaan ALLAH kita sebagai hamba-hambanya. Rasulullah di utuskan kerana untuk menyatu padukan ummat manusia dengan panji yang megah dan indah iaitu menegakkan kalimah tauhid LAILAHAILLALLAH MUHAMMADARRASULLAH. Kalimah yang ringkas inilah yang dapat mengumpul manusia di bawah satu bumbung aqidah untuk menyatukan ummat manusia sehingga kiamat. Asas aqidah ISLAM adalah menyatupadukan ummat manusia tidak kira bangsa dan negara, kaya atau muda. Penyatuan ini adalah berdasarkan satu gerak kerja bersama dan wajib dipikul oleh semua UMMAT ISLAM iaitu amar maaruf dan nahi mungkar. Jika ianya dipegang teguh Oleh semua penganutnya nescaya terserlahlah bahawa ISLAM ITU TERTINGGI DAN TIDAK ADA YANG LEBIH TINGGI DARI ISLAM.Menyedari hakikat inilah hamba cuba untuk menyampaikan ISLAM mengikut kemampuan diri yang lemah agar memenuhi Sabda baginda S.A.W sampaikan dariku walau satu ayat(peringatan).
Hamba juga terpanggil untuk berkongsi sedikit sebanyak tentang pendekatan Dakwah dalam konteks negara Malaysia tanah air bertuahku. Moga-moga kita sama-sama memanfaatkan ruangan ini membincagkan sedikit sebanyak kekeliruan Asas pegangan ISLAM dan pendekatannya kepada Ummat ISLAM melayu.
Moga ALLAH merahmati dan memberkati kita bersama dan memasukkan kita ke dalam golongan para awlia' dan solihin. amin.
WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.
ILLIAS BIN IBRAHIM +20111558491 AZHARI STUDENT'S